Syurga..
Dengan kawan, beria-ria kita meminta maaf. Tetapi dengan insan yang bernama Mak ini, jarangkali kita mengucapkan, “Mak sorry eh jadi anak derhaka”.
Aku bersalah. Bersalah kerana take things for granted. Mentang-mentang Mak selalu ada depan mata, tak bermakna kita boleh sesuka layan dia macam kawan. Aku bersalah sebab bila dia cerita pasal ustaz kat kelas mengaji, pasal kursus unit trust dia, pasal kawan nama ‘Bas, I’m Sori’ ke ‘Mak Petir’ atau sebagainya, aku buat-buat tak dengar. Memang cerita bosan la Mak, takde cerita lain ke? Kata seorang remaja yang sudah menginjak dewasa ini. Taktahu nak jawab apa, diam dan berfikir benda lain yang mungkin aku sangka lebih penting dari Mak sendiri. Mak cerita bersungguh beserta nafasnya yang tidak cukup, menunjukkan betapa Mak cerita dengan penuh perasaan. Tetapi anaknya? Lain pulak apabila aku bercerita masalah aku. Remeh sekalipun, Mak tatap dengan penuh sabar, layan setiap satu kata-kata anak manja dia seorang ini dengan penuh berhati-hati, membalas dengan penuh kata-kata hikmah untuk anaknya ini menjadikan pengajaran. Walaupun Mak memang sense of humour dia boleh tahan, asyik nak buat lawak macam umur 24 tahun je. She is the best listener. Macam tak padan kan anak layan Mak yang macam tu?
Bila tengok iklan Murai tu, dalam hati cakap, ‘aku taklah kurang ajar macam tu sangat kotttt’. Tapi hakikatnya, tanpa kita sedar…kita sebenarnya macam tu…
Aku bersalah kerana tidak sabar terhadap segala tohmahan yang telah Mak berikan. Tohmahan bukan sekadar tuduhan tetapi hakikat yang sebenarnya. Mak cakap benda betul, anak dia manja, anak dia tak reti nak cari makan sendiri, anak dia asyik depends kat dia, anak dia jadikan dia macam orang gaji, anak dia malas dan sebagainya. It hurts me. You know why? Because, it’s true. Rasa macam nak tembak orang lain sebab tahu, sedar itu semua salah diri sendiri! Aku anak tak sabar, lantas telah meninggikan suara…Allah kata, cakap, ‘Ah’ pun takboleh…dah kira anak derhaka…kalau aku ni? Bukan setakat ‘Ah’, tapi…Allah, dosa aku ini boleh diampunkan ke ya Rabb? Sungguh, ikut logik akal manusia, macam takpatut untuk dimaafkan tetapi sungguh Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani…
Aku juga bersalah kerana tidak menjadi anak yang berguna. Sudah berumur 21 tahun tetapi masih berperangai 12 tahun. Masih tidak reti mahu menjadi seperti Kawada. It hurts bila kita dah cuba, tapi kejayaan masih belum tercapai. Mungkin usaha aku tu terlalu sedikit untuk membuatkan aku berputus asa. Betul Mak.. Tak guna nak jadi manusia yang bermanfaat buat orang lain tetapi tidak kepada Mak.. Tak guna jadi orang yang kuat berdakwah tetapi tidak bersantun kepada Mak.. Adakah aku ini layak untuk mencium tapak kaki Mak?
Aku bersalah kerana sering membuat segala kerja-kerja rumah yang Mak suruh sambil lewa. Tidak ikhlas, barangkali. Tidak bersungguh. Tetapi berangan untuk Mutarabbi ikut cakap. Mak panggil sekali, buat-buat tak dengar. Mak panggil dua kali, jawab dengan malas. Mak panggil tiga kali, menjerit geram. Itu rupanya cara orang yang berdakwah kepada Maknya?
…Kalau dengan kawan, kita nak dia maafkan kita…
Tapi dengan Mak? Ahh, esok esok je lah mintak ampun.
If..
If tomorrow never comes for you and your mother?
If either you or her left each other?
Kau nak cakap apa?
Apa kau nak cakap kat Tuhan?
Sejak dua tiga empat belakangan ni, aku menjadi terlebih emosional. Mungkin perubahan fizikal. Haha. Sebab tak makan, jadi hipoglicemia, pening dan low blood pressure menyebabkan aku punya rasional hilang. Disebabkan itu, aku sering menuangkan minyak diesal kepada api yang sedang marak.
Mak, me wanna say sorry?



